Wednesday, 30 May 2012

Doa ketika jatuh cinta


Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau
Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu
Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Ya Allah kabulkan Doaku Amiiinnn.......

Wahai Bakal Imamku...

Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku..

Kerana aku akan mendidik bakal-bakal zuriatmu akan datang.

Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini.
Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita. Dan bukan ku pinta.
Sekiranya engkau bakal menjadi imam pada solat malamku.
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga kita.

Dan andai ada salahku,
Tegurlah aku dengan penuh kelembutan dan kebijaksanaan
Andai tercetus rasa amarahku,
Belailah rambutku dengan penuh rasa kasih dan cinta.

Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini.
Ingatlah bahawa diriku ini amanah ALLAH terhadapmu.

Wednesday, 23 May 2012

Assalammualaikum...

Hari ini aku nampak dia tersenyum...

Sungguh indah ciptaan Tuhan

Kadang hatiku terdetik untuk memiliki dirinya

Tapi apakan daya aku tidak mampu berbuat apa apa

Diriku hanya mampu bersabar kerana seandainya dirinya adalah jodohku

 suatu hari nanti kami akan ditemukan juga 

oleh Nya

:)



Friday, 17 February 2012

Kelebihan Surah Al-Ikhlas.


  • Dibaca 3x seolah olah sekali khatam Al Quran.
  • Dibaca 1000x sebagai penebus atau lepas dari api neraka.
  • Dibaca 11x, Allah akan membina baginya istana didalam Syurga.
Sesiapa yang selalu mengamalkannya:

  • Mendapat segala kebaikan.
  • Terselamat dari kejahatan dunia dan akhirat.
  • Sekiranya lapar, dengan membacanya akan menjadi kenyang.
  • Sekiranya dahaga, dengan membacanya akan hilang dahaga.
Kelebihannya juga:
  • Terselamat dari kegelapan dan himpitan kubur.
  • Terselamat dari huru hara di hari kiamat.
  • Terselamat dari soalan soalan malaikat Munkar dan Nakir didalam kubur.
  • Dibaca 3x sebelum memasuki rumah, InsyaAllah akan diluaskan rezeki, hidup aman daman, dihapuskan dosa, jiran kasih kepadanya, dam memberi manfaat ia akan sekampung.

Waktu Makruh Mendirikan Solat Sunat Tidak Bersebab


Andai kata dengan hanya sekali mendirikan solat ‘istikharah’ belum mendapat sebarang tanda kebaikan, ulangi kali kedua dan seterusnya.

Di kalangan ulama ada yang berpendapat bahawa ulangi solat tersebut hingga satu minggu.
Kadang kala Tuhan buka pintu hati kita dengan istikharah itu, ada ketikanya Tuhan kurniakan melalui sahabat yang ikhlas.

Dalam perbualan ditakdirkan sahabat itu menyentuh perkara tersebut, lalu terjawablah istikharahnya kepada Alah SWT.
Ada kalanya Tuhan kurniakan petunjuk melalui mimpi dengan jelas, diceritakan secara nyata dan fahamlah melalui mimpi itu. Ada ketikanya mimpi itu memerlukan ‘ta’bir’ melalui orang yang arif tentang rahsia mimpi.

Kini tiba ketikanya untuk menghuraikan tentang waktu yang makruh untuk tunaikan solat sunat. Dalam erti kata bahawa masa 24 jam yang dikurniakan Allah SWT, tidak seluruh waktu boleh digunakan untuk solat.

Meskipun solat merupakan ibadat yang terunggul di sisi Allah SWT, namun ibadat tersebut mesti mengikut cara peraturan yang dikehendaki-Nya.

Walau bagaimana indah dan baiknya sesuatu ibadat mengikut pandangan sendiri, Tuhan akan ditolak ibadah itu sekiranya tidak menepati kehendak Allah SWT.

Dalam banyak perkara yang perlu waspada adalah mengenai waktu, terdapat lima ketika yang makruh melakukan solat.

Pertama, selepas solat Ashar. Kedua, sesudah solat Subuh. Masa ketiga waktu gelincir tengah hari (zawal). Waktu keempat ketika mata hari sedang naik di ufuk timur. Detik kelima ketika mata hari sedang jatuh di ufuk Barat.

Semua lima waktu yang dinyatakan itu makruh mendirikan solat yang tidak bersebab, seperti solat sunat mutlaq, termasuk solat sunat hajat kerana yang menjadi sebab musababnya muncul kemudian (mutakhir).

Adapun solat yang bersebab seperti qadha solat ratibah (kapit solat fardhu) lantaran sesuatu sebab, dengan mengqadha solat ratibah bagi melazimkan solat sunat tersebut yang lazimnya dilakukan. Hanya lantaran keuzuran tertentu solat tersebut tertinggal.

Termasuk dalam solat bersebab ialah solat gerhana (kusyuf), solat jenazah. Bagi solat bersebab tidak dimakruhkan melakukannya pada lima ketika yang dinyatakan itu.
Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, diriwayatkan: Bahawa Nabi s.a.w. pernah solat dua rakaat selepas solat Asar, lalu seorang sahabat bertanya; ya Rasulullah, bukankah kamu pernah melarang kami solat selepas solat Asar?
Berkata Nabi s.a.w.: “Bahawa dua rakaat yang aku dirikan itu sebagai ganti (qadha) solat dua rakaat selepas Zuhur, oleh kerana ada tamu datang ke rumahku menyebabkan aku tidak sempat solat sunat selepas Zuhur.”

Hadis kedua yang menjadi dalil bahawa Nabi s.a.w. pernah menggunakan waktu yang makruh untuk qadha solat tahajud, hadis tersebut riwayat Saiyidatina ‘Aisyah r. anha katanya: “Nabi s.a.w. apabila sekali sekali terlalu mengantuk atau sakit, menyebabkan beliau tidak boleh bangun malam untuk tahajud, maka baginda s.a.w. qadha solat pada awal pagi (selepas solat Subuh) dua belas rakaat.”
Hadis tersebut menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. pernah mendirikan solat qadha tahajud pada awal pagi, iaitu waktu yang dimakruhkan mendirikan solat yang tidak bersebab.

Oleh kerana Nabi s.a.w. mempunyai sebab mengapa beliau tidak dapat bangun solat tahajud malam, maka digantinya solat tahajud itu pada awal pagi.

Rahsia dimakruhkan oleh syara’ mendirikan solat pada waktu tersebut ialah untuk mengelak daripada menyerupai penganut agama para penyembah mata hari.

Sesungguhnya Islam mengajar umatnya supaya beribadat dengan caranya sendiri, seperti yang ditegaskan oleh al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Tidak meniru atau menyerupai ibadat agama lain termasuk penyembah mata hari.

‘Illat tersebut meskipun berkait khusus dengan perkara solat, namun ia meliputi perkara yang lain termasuklah dalam soal akhlak atau adab dan soal menutup aurat (terutama bagi wanita) yang diwajibkan menurut al-Quran, hatta berpolitik dan mentadbir negara secara Islam.

Dengan cara demikian jelaslah perbezaan antara peribadi atau cara hidup orang Islam yang beriman, dengan masyarakat kuffar yang lain.

Kemurnian Islam amat nyata pada pandangan masyarakat umum, antara cara hidup orang yang berlandaskan iman kerana beramal dengan syari’at Islam, dengan golongan yang mencabar syari’at Allah SWT.

Di antara jenis ibadat di kalangan manusia kufur kepada Allah SWT ialah ibadat menyembah mata hari. Ibadat tersebut dilakukan ketika mata hari naik di awal pagi, ketika tengah hari mata hari gelincir (zawal) dan ketika mata hari jatuh ketika senja.

Justeru jika umat Islam mendirikan solat ketika tersebut, ia dianggap menyerupai ibadat penyembah mata hari, kecuali solat qadha dan solat yang bersebab.

Berdasarkan peristiwa qadha solat sunat yang berlaku kepada Nabi s.a.w., Imam Ghazali juga berpendapat bukan saja solat sunat, tetapi seseorang mempunyai amalan wirid, lalu terhalang kerana sesuatu keuzuran, maka wirid tersebut perlu diqadha pada waktu yang lain. Sehingga dia merasa tidak mengapa duduk sahaja tanpa wirid itu.

Oleh : Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat
Via: akuislam.com



Saturday, 11 February 2012

Kelebihan Bismillah


Bacalah 21 kali sebelum tidur- InsyaAllah, Allah akan menjaganya daripada:


  • Sihir
  • Gangguan makhluk halus
  • jin
  • syaitan
  • pencuri
  • mati mengejut
  • dan perkara yang tidak diingini berlaku.       
Jika dibaca sebanyak 787 kali dengan hati yang bersih InsyaAllah akan berhasil segala permohonan.

Jika sesiapa yang mengutip kertas yang bertulis kalimah Bismillah, Allah akan menyenaraikan kedalam golongan Siddiqin.

Jika dibaca sebanyak 1000 kali  setiap hari, InsyaAllah,akan dipermudahkan mendapat apa yang kita kehendaki. 

                

Berdoalah...

Assalammualaikum pembaca...
 setiap orang pasti mempunya hajat yang tertentu dan ingin ianya segera dikabulkan oleh Allah.  Mungkin ada juga dikalangan pembaca yang inginkan doanya segera dikabulkan. Tetapi kita tidak tahu hikmah disebalik mengapa doa kita belum dikabulkan. Dengan cara bersabar kita akan mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah SWT.

Bersabarlah jika doa kamu belum dikabulkan oleh Allah...
kerana cara Allah mengabulkan doa itu begitu indah...
Dan percayalah Allah pasti akan mengabulkan permintaan hambanya..

Seperti Firman Allah:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah- Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al- Baqarah 186)
Berdoalah.. jangan berputus asa seperti didalam sebuah hadith Rasulullah Saw bersabda:
”Seorang hamba do’anya senantiasa akan dikabulkan selama tidak berdo’a untuk perbuatan dosa, atau memutuskan silaturrahim, serta selama tidak tergesa-gesa. Beliau ditanya, wahai Rasulullah apa yang dimaksud dengan tergesa-gesa?. Rasulullah menjawab, “Aku telah berdo’a, aku telah berdo’a, tetapi aku belum melihat do’aku dikabulkan. Lantas ia merasa kecewa dengan hal itu, sehingga ia pun tidak mau lagi berdo’a.” (HR. Muslim).
Jika kita memohon doa untuk sesuatu kebaikan dan bukan untuk keburukan serta tidak tergesa gesa InsyaAllah, Allah akan mengabulkan doa kita. Kita juga mestilah berusaha serta bertawakal dan percaya bahawa cepat atau lambat doa kita itu pasti akan diperkenankan olehNya
Disini saya sertakan tatacara berdoa:
Tata cara berdo'a

1. Menghadap Kiblat

Hal ini berdasarkan sebuah hadis "Rasulullah datang ketempat wuquf diArafah dan ia menghadap kiblat lalu terus menerus berdo'a sehingga tenggelam matahari"


2. Membaca Hamdalah atau pujian, Istighfar dan membaca Shalawat

Salah seorang Sahabat Nabi berkata : "Ketika Nabi Muhammad saw duduk dimesjid, tiba-tiba datang seorang laki-laki masuk, lalu ia shalat. Setelah selesai ia membaca doa,'Allahummaghfirlii warhamnii'. Maka waktu itu Rasulullah pun berkata, wahai kawan, engkau terburu-buru. Jika kau shalat, duduklah dahulu kemudian bacalah puji-pujian kepada Allah. Karena dia yang memiliki pujian itu, lalu kau baca shalawat kepadaku kemudian baru berdo'a .Kemudian datang seorang yang lain setelah shalat ia memuji Allah dan membaca shalawat untuk Nabi Muhammad saw. dan setelah itu Nabi bersabda, Berdo'alah akan dipenuhi."


3. Dengan suara lembut dan rasa takut

Sebagaimana Firman Allah SWT yang berbunyi, "Berserulah (Berdo'a) kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah engkau berbuat kerusakan dibumi sesudah (Allah SWT ) memperbaikinya, dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak diterima) dan harap (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Q.S. Al A'raf : 55-56)


4. Yakin akan dipenuhi

Didalam berdoa kita harus yakin dan berprasangka baik kepada Allah, seperti hadis berikut ini : "Sesungguhnya Alla 'Azza wa Jalla berfirman : Aku akan mengikuti prasangka hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku selalu menyertainya apa bila ia berdoa kepada-Ku".
Dan saya sertakan juga waktu mustajab untuk berdoa:
Waktu yang paling baik
1. Antara azan dan Iqamat.
2. Sebelum menunaikan Solat dan selepasnya
3. Waktu sepertiga malam yang terakhir. (3 ke 4 pagi)
4. Sepanjang hari jum'at
5. Antara Zohor dan Ashar, serta Asar dan Maghrib
6. Ketika Khatam membaca Al-Qur'an
7. Ketika Turun hujan.
8. Ketika melakukan Tawaf.
9. Ketika menghadapi musuh dimedan perang.


Tempat-tempat yang baik untuk berdo'a
1. Didepan dan didalam Kabah.
2. Dimasjid Rasulullah saw.
3. Di belakang makam Nabi Ibrahim as.
4. Diatas bukit Safa dan Marwah.
5. Di Arafah, di Muzalifah, di Mina dan disisi jamarat yang tiga.
6. Di tempat-tempat yang mulia lainnya seperti Masjid atau Mushalla.